FINALLY, FREEDOMMMM !!!!!!
Assalamualaikum!! Korang wat petu? Tengok tv?? Huh, daripada korang tengok tv lebih baik korang membaca.. sbb membaca tu kan jambatan ilmu. Contohnya, bacalah update adlina yang terbaru ni..
Haa... wat pe tu??! Okay, dah...serious -_- takmo main-main lg kay. Alright, harini adlina nak update, cerita dan bagi tau korang yang esok cuti!! Jyeah, dan adlina pon tau yang kita rakyat Malaysia akan bermulanya cuti pada hari esok kecuali bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah (untunglah negeri diorang cuti hari jumaat sabtu, kita.....) dan minggu ni adalah minggu paling best bagi adlina and the geng. Nak tau apa? Hmm, tak payah tau tak pe kan? Nak tau gak? Okay.. okay.. adlina bagi tau korang, tp korang kena la janji takkan rasa bosan baca menda ni kay..!! Promise? Okay.. sebenarnya minggu ni ramai cikgu tak masuk kelas sbb ada aktiviti luar. Pastu hari Selasa kelmarin, teacher (english) kitorang ada bagi 1 aktiviti yang perlu dilakukan.. Nak tau apa? Kitorang kene wat persembahan spontan dgn menggunakan lirik bahasa inggeris yang ada dlm buku teks kitorang dan perlu dibentangkan hari KHAMIS ni. Tajuknya adalah tentang musim jerebu yang dilanda di negara kita and rasanya persembahan sape yang paling best dan paling spontan dia la pemenang.. and actually, menda ni boleh wat secara berkumpulan or solo dan kitorang ada cadangan gak untuk wat persembahan mcm High School Musical tu.. *CER KORANG SAMBIL MEMBACA TU KORANG BAYANGKAN SITUASI YANG AKAN TERJADI*
Hahaha... kelakarkan? Tau pon...... hmm, yang adlina tak bleh bla skali, korang baca yang adlina highlight kan kat atas tu. Khamis kan?? Harini hari apa? Okay jumaat.. semalam hari khamis.Datang je sekolah, first mata pelajaran kitorang pendidikan jasmani dan budak klas 2KAA kata yang cikgu pj takda harini... dan kitorang dapat lg satu brite tergempar yang teacher (english) kitorang pon tak da, dan mulalah satu perasaan bengang di situ dan terasa menyesal pon ada. Then, habis kelas.. kitorang selalu menghadiri satu perjumpaan pengawas setiap hari Khamis sahaja. Dan selesai sahaja perjumpaan, kitorang terus gi surau nak solat zohor. Lepas solat, kitorang trus gi kelas 1Amanah utk berlatih benda alah tu, takut lepas cuti nanti teacher nak wat gak ke menda tu. Kan??
Ha.. dan ada lagi satu berita yang memang membuatkan kita semua penat utk melakukannya. Berita tu adalah... jeng jeng jeng~~~ lepas naik cuti gak, bermula dari 5 hb sampai 7hb adlina dan amirah dipaksa oleh aisyah idham utk memasuki satu perkhemahn yang depanggil sbg perkhemahan bersepadu unit beruniform. Kitorang dipaksa oleh dia pada hari rabu *MAKNANYA SEBELUM PERSEMBAHAN DIBENTANGKAN PADA HARI KHAMIS* dan dalam hati ni terasa bengang teramat, sbb baru je nak relax ke apa and kalau kita masuk nnt homeworks nak buat masa bila kan? Tp nak wat cammana.... benda dah berlalu terpaksa la kitorang laluinya dengan hati yang terbuka *W/P MASIH DLM KEADAAN BENGANG* dan menda ni pon utk menambahkan lg markah koko kita dri segi akedemik dan kokurikulum.
Begitulah berakhirnya flashback adlina pada harini
Last, kalau korang dipaksa oleh kawan korang utk memasuki sesuatu yg korang tak minat amek nasihat adlina ni jgn terpengaruh dengan kata-kata manis diorang mcm "Wey, jom la.. aq takda member nnt." "Wey, kalau kau taknak gi takpa.. aq taknak beli papepon utk kau dan kau jgn menyesal plak nnt." Dah mcm pasangan kaple yang tak lama nnt akan merasai kaki dan buku lima di muka. Tu je lah kot story harini. Tetiba plak story jd panjang.... slalunya tak pon. Okay kita jumpa di lain hari. XOXO