Friday, 18 October 2013

Cerita (KOMIK CINTA MELAYU TANPA GAMBAR) : "Kepada... Arriyan Akhtar"

Hello... Assalamualaikum. Hmm... lama tak update blog. Harini terasa rajin pulak. Act, Ad just nak share dgn korang novel yg dikarya oleh bestie Ad iaitu Nurul Aisyah atau nama 'novelisnya' Naisyah Nfatihah. 'Nfatihah' ni nama adik dia. Bestie Ad ni comel, memahami, kadang-ii mls kadang-ii rajin. Hahah.. okay kita teruskan.

Cerita ini hanya perbualan antara Syarza Irish, Ziyaad Akhtar, Syatiqah, Sulienari dan Raihana di sebuah universiti ((nama tidak tertera di skrip)).

"Hai. Assalamualaikum." Syarza Irish memandang susuk tubuh lelaki itu. Lelaki tersebut tersengih-sengih 'comel.'
 
"Kau nak apa?" Ziyaad Akhtar berhenti tersengih. Muka serius.
 
"Bagi salam sunat, jawab salam..."
 
"Wa'alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh' "
 
"Good girl! Tengah buat apa?" Ziyaad membuat muka comel.
 
"Study." Jawab Syarish pendek yang sedang sibuk mengulangkaji tanpa memandang wajahnya Ziyaad.
 
"Ouh. Nak join boleh?" Ziyaad mengangkat kening sambil bermain mata. 'Parah! Tergoda! Sabar jelahh.'
 
"Mana boleh. Kaum hawa je semua ni!" Syarish memarahi Ziyaad.
 
"Janganlah buat macam ni, sayang." Ziyaad tersengih.
 
"Nak kena tumbuk ke?" Syarish menunjuk 'buku limanya' ke arah Ziyaad yang sedang mengembangkan pipinya. 'Buat muka comel lah tu.'
 
"Tak mau. Orang nak AWAK. Orang tak nak orang lain." Ziyaad menunjukkan lagi muka 'comelnya' kepad Syarish. 'Apsal mamat ni?'

"Sayang nak bermanja dengan abang tak? Abang okay je."

Telefon Syarish bordering. 'Mesej masuk?'
 
 
(Eiyka) Oit! Kitorang ada kat bandar. Kitorang nak kau 'dating' dengan Iyaad. So sweet~ Thanks, Iyaad sebab bagi rm500. Hana dengan Liena kata terima kasih juga!
 
 
'What?' Kurang asam punya budak!' Syarish membebel.
 
 
"Syatiqah, Sulienari dengan Raihana pergi bandar ke? Kesian sayang... Jom sambung 'dating'." Ziyaad bermain mata. Syarish bangun dari tempat duduknya.
 
"Kau! Arghh! Aku balik bilik dulu la!" Syarish meninggalkan Ziyaad keseorangan di café tersebut.
 
"Syarish! Tunggu aku!" Ziyaad menjerit.
 
"Aku benci kau. Dah sejam aku tunggu diorang. Aku pun benci diorang tau tak! Tak lama lagi nak exam lah!" Ziyaad hampa.
 
 
ESOK PAGI, DI CAFE
 
 
"Syarish tinggalkan kau? Biar betul?" Eiyka bertanya, Hana ternganga dan Liena pula tersedak. Ziyaad mengangguk.
 
"Kesian kau. Tapi kitorang dah habiskan duit tu. Nak balik ke duit tu?" Liena bertanya.
 
"Tak nak. Aku ikhlas okay." Mereka mengangguk.
 
"Weyh, tu Syarish kan?" Hana menunjuk jarinya ke arah Syarish yang sedang sibuk mengulang kaji. Keseorangan pula tu.
 
"Biar lah dia, aku malas nak tegur dia lagi. Sampai hati dia buat dekta Ziyaad semalam." Eiyka berasa tidak berpuas hati dengan kelakuan Syarish.
 
"Aku okay jelah. Salah aku juga sebab buat 'surprise last minute'." Ziyaad melepaskan keluhan.
 
"Tapi, sekurang-kurangya dia hargailah  yang kau dapat teman dia study. Kenapa? Haram ke study bersama-sama?" Liena menyampuk.
 
"Apabila berdua-duaan, pasti ada yang ketiga iaitu SYAITAN." Ziyaad menunduk. Mereka terdiam.
 
"That's are true." Hana menyampuk.
 
"Fine. Aku salah." Eiyka berpeluk tubuh.
 
"Aku pun." Liena khusyuk memegang Samsung y Hello Kitty.
 
"Jom kita pergi dekat dia. Kita minta maaf sama-sama." Ziyaad memberi cadangan. Mereka saling berpandangan dan terus mengangguk tanda bersetuju.
 
 
APABILA SYARISH DI MEJA MAKAN
 
 
"Hai. Assalamualaikum, Syarish!" Ziyaad menyapa. Mereka berempat terus duduk. Syarish masih khusyuk memegang pen. Mereka saling berpandangan.
 
"Kami nak minta maaf. Aku lah dalang di sebalik kejutan semalam. Diorang tak bersalah. Aku yang upah diorang. Aku yang paksa. Sebab tu diorang tolong aku." Syarish memandang mereka berempat.
 
"So?" Syarish membuat muka selamba.
 
"Maafkan diorang, kalau tak nak maafkan aku pun tak apa. Tapi tolong lah maafkan diorang, berkawanlah semula." Ziyaad merayu.
 
"It's so easy to forgive, but absolutely hard to forget what have you done to me." Syarish tersenyum jahat. Mereka tertunduk.
 
"Okay, aku maafkan korang termasuk kau, Yaad. Exam nak dekat. So, let's start study group today at the library on 3pm. Who's late, will have to treat meals at café. Deal?" Syarish mengankat kening smbil tersenyum. Mereka membalas senyuman. 'Alhamdulillah', Ziyaad mengomel sendiri.
 
"DEAL!" Mereka berempat menjerit. Seluruh pelajar di café tersebut memandang mereka, terus mereka tersipu-sipu malu.
 
"Ishh! Buat malu je korang ni." Syarish mengomel. Mereka tersengih.
 
"Terlajak 'happy'. Aku akan berusaha untuk tawan hati Edward Cullen untuk masuk Islam. Aww!" Liena tersengih.
 
"Kemain Liena sekarang. Aku nak senior universiti kita." Hana menyampuk.
 
"Siapa?" Ziyaad berkerut dahi.
 
"Abang Faez." Hana tersengih.
 
"Acecehh... Hana pun pandai jugak sekarang." Syarish menyampuk. Hana tersipu-sipu malu.

"Kau dengan siapa Eiyka?"  Ziyaad bertanya. Eiyka dan Syarish saling berpandangan.
 
"No one in my heart." Syarish tertunduk. Eiyka menjawab jujur.
 
"Ouh.. Okay, yang pasti aku dengan Syarish jasi suami isteri nanti. Kan sayang?" Ziyaad bermain mata dengan Syarish. Syarish tersipu-sipu malu sampai menampakkan kemerahan pada wajahnya.
 
"Beranganlah kau." Syarish menolak kepala Ziyaad. Ziyaad tersengih.
 
HARI PEPERIKSAAN
 
 
"Syarish, kau dah bersedia?" Ziyaad memandang serius.
 
"Entah la. Aku takut." Syarish menggenggam tangannya yang sejuk seperti baru memegang ais. Sejuk sangat.
 
"Aku yakin kau boleh." Ziyaad turut menggenggam tangan Syarish bagi mengembalikan semangat. Syarish terpana.
 
"Haram lah." Syarish menolak tangan Ziyaad dengan perlahan.
 
"Cara kau cakap macam tak pernah berpegangan tangan sebelum ni. Kau dah lupa kenangan cinta kita kat sekolah rendah sampai menengah?" Ziyaad memandang serius. Syarish terdiam. 'Mestilah aku ingat, kau lah budak lelaki yang first couple dengan aku. Tapi aku tak sangka kau setia ini, Iyaad. Aku sayang kau.' Syarish tersenyum.
 
"Aku tak ingat."
 
"Nyanyuk lah 'isteri' aku ni." Ziyaad mencubit hidung Syarish.
 
"Sakitlah!" Syarish menjerit manja walaupun dalam hatinya suka. Ziyaad tergelak.
 
"Saya dah janji dengan awak kan? Yang saya akan berkahwin dengan awak. Saya juga akan pastikan janji saya ditepati. Saya nak kahwin dengan awak lepas kita 'bebas'. Sudikah awak menjadi isteri saya, Syarza Irish binti Ismail Hisham?" Ziyaad melutut di hadapan Syarish sambil mengeluarkan sebentuk cincin permata yang bertatahkan berlian. Syarish menangis gembira.
 
Ya. Saya sudi menjadi isteri kepada Ziyaad Akhtar bin Syed Zubir." Ziyaad terus menyarungkan cincin yang dibelinya. Kemudian mengusap muka Syarish.
 
"Jangan menangis dekat sini, sayang. Exam dah nak start. Nanti tak boleh fokus. Semoga berjaya, ya." Ziyaad tersenyum sambil mengucup dahi Syarish sambil. Mereka berpegangan tangan menuju ke dewan peperiksaan. Sesampai di dewan...
 
"Bismilahirrahmanirrahim." Mereka terus melangkah masuk dengan bacaan 'bismillah'.
 
2 TAHUN KEMUDIAN
 
"Abang, tolong jagakan Riyan sekejap. Saya nak mandi." Syarish terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi.
 
"Sayang, abang nak mandi sekali dengan sayang." Ziyaad tersengih.
 
"Jangan nak mengada. Jaga Riyan." Syarish mengarah lagi. Ziyaad membuat muka 'duckface'.
 
"Jangan ajar anak kita buat muka macam tu. Nanti tak dapat isteri, baru tahu." Syarish menjerit.
 
"Yelah sayang oi!" Ziyaad menjerit tanda membalas. Ziyaad melayan Riyan. 'Comel juga anak aku ni. Sebiji macam aku masa kecil.' Ziyaad mengomel sendiri. Alhamdulillah aku mendapat zuriat yang diberi nama, Arriyan Syazid.
 
"Abang, petang ni saya nak keluar jumpa kawan lama." Syarish menjerit.
 
"Humm. Yelah. Bawa Riyan sekali ke?" Ziyaad bertanya.
 
"Mestilah. Abang boleh jaga ke?" Syarish mengangkat kening setelah keluar dari bilik mandi.
 
"Eh. Tak apalah."Ziyaad tersengih.
 
DI CAFE
 

 "Macam mana korang sekarang?" Syarish memandang Syatiqah, Sulienari dan Raihana. Semuanya dah kelihatan lebih dewasa tapi sifat gila-gila masih ada.
 
"Aku dah bertunang dengan abang Syamil. Minggu depan kami nikah. Nah, kad undangan. Jangan lupa hadir nanti." Hana menghulurkan kepada setiap sorang satu kad.
 
"Kau kata nak abang Faez, apahal pula kau tunang dengan kawan dia?" Syarish berkerut dahi.
 
"Biar lah. Nak buat macam mana? Jodoh aku dengan abang Faez setakat berkawan je. Kau Liena? Dah jumpa yang sesuai belum?" Hana memandang Liena.
 
"Hahah.. Kalau aku beritahu confirm korang takkan percaya."
 
"Siapa Liena?" Mereka bertanya serentak dengan perasaan ingin tahu.
 
"Aku sekarang tengah bercinta dengan Tajul Cullen." Serentak juga mereka terkejut.
 
"Kenapa dengan korang ni?" Liena berkerut melihat raut wajah mereka.
 
"Kau couple dengan blogger terkenal tu? Tajul Cullen? Biar betul!" Eiyka tertanya-tanya. Liena tersenyum diam-diam.
 
"Of course. Nanti kitorang nak bertunang. Family aku terima dia, family dia pun terima aku. Alhamdulillah." Liena tersenyum.
 
"Okayy... Tahniah, Liena." Hana mengucap tahniah dengan senyuman.
 
"Tahniah untuk kau juga sebab dah bertunang dengan Syamil Irhamie. Haha." Liena dan Hana tergelak.Eiyka dan Syarish memandang mereka sambil tersenyum.
 
"Kita patut tahniah dekat Syarish juga. Dah kahwin boh! Siap ada anak lagi. Entah-entah dalam perut tu ada sorang lagi." Eiyka meneka, Syarish tersedak.
 
"Eh, mana ada!" Syarish tersipu-sipu malu.
 
"Papa kata, Mama mengandung sebab Papa kata Mama..." Syarish menekup mulut Riyan. 'Ya Allah! Malunya!'
 
"Jangan buat macam tu, sian Riyan." Hana menegur. Mereka tergelak bersama-sama.
 
"Eiyka, kau apa citer?" Liena memandang Eiyka dalam seribu satu kesunyian. Eiyka tersenyum.
 
"Tiada jodoh." Eiyka menjawab pendek.
 
"Aku tahu kau tipu." Hana menyampuk. Eiyka memandang Syarish.
 
"Aku tahu, Syarish mesti tahu hal ni. Cakap cepat, kalau tak aku ambil Riyan. Nak ke?" Liena memandang Arriyan.
 
"Wey, kejam sangat tu." Hana menegur.
 
"Biarlah. Siapa suruh diorang rahsia daripada kita." Liena merajuk.
 
"Yelah. Aku masih setia pada dia." Eiyka menyampuk.
 
"Dia tu siapa?" Hana bertanya.
 
"Arriyan Akhtar, abang kepada Iyaad kita." Syarish membalas. Hana terkejut. Liena terkebil luas.
 
"Abang Iyaad yang handsome gila tu?" Liena dan Hana bertanya serentak. Eiyka hanya mampu mengangguk.
 
 
DI RUMAH ZIYAAD
 
 
"Assalamualaikum!" Seorang lelaki mengetuk pintu rumah Ziyaad.
 
"Wa'alaikumsalam." Ziyaad membuka pintu. Alangkah terkejutnya Ziyaad melihat abangnya masih hidup setelah 3 tahun menghilangkan diri di Eropah. Ziyaad bersalaman dengan Arriyan.
 
"Masuklah abang." Ziyaad mempelawa kedatangan abangnya. Arriyan masuk ke rumah keluagra Ziyaad. Ziyaad mengangkat beg abangnya.
 
"Sayang, ada tetamu!" Ziyaad menjerit kepada Syarish yang berada di dapur. Syarish meluru ke ruang tamu selepas selesai memasak makanan tengah hari.
 
"Siapa, bang?" Ziyaad menunding ke arah Arriyan. Syarish terpaku.
 
"Abang Riyan?" Syarish terkebil melihatnya.
 
"Ya, saya." Kemudian Riyan menarik perlahan apron ibunya.
 
"Kenapa Mama panggil Riyan?" Arriyan tergelak. Begitu juga Ziyaad.
 
"Riyan, kalau kamu nak tahu ni uncle Arriyan. Tapi Mama dan Papa panggil uncle Riyan. Sama nama macam kau. Riyan, ni lah satu-satunya abang Papa." Riyan mengangguk.
 
"Kita geng!" Riyan menunjukkan 'high five'. Arriyan membalas.
 
"Abang Riyan dah jumpa Eiyka?" Syarish menyampuk. Arriyan tunduk ke bawah.
 
"Nanti saya jumpa dengan dia petang ni. Awak nak ikut?" Arriyan mepelawa. Ziyaad menggeleng kepada Syarish tanda tidak setuju.
 
"Err... Tak nak lah. Saya nak awak dengan Eiyka bersemuka." Syarish memandang Ziyaad.
 
"Ok." Arriyan membalas pendek. Ziyaad tersenyum kepada Syarish.
 
"Jom kita makan? Makanan dah dihidangkan." Syarish mempelawa.
 
 
DI CAFE PADA JAM 5.00 PETANG
 
 
"Will you marry me?" Eiyka terkebil apabila melihat seorang pengemis jalanan menghukurkan sebuah kotak bewarna biru. Kemudian lelaki tersebut membuka kotak tersebut.
 
"Awak siapa?" Eiyka berhenti menaip mesej kepada Syarish.
 
"You think?" Lelaki tersebut membuka rambut afronya serta pakaian yang dipakai. Eiyka terkejut.
 
"Arriyan?! Awak, Arriyan?" Eiyka menangis. Arriyan mendekati Eiyka serta mengesat matanya.
 
"Saya minta maaf sebab tingglkan awak di Malaysia keseorangan. Saya tidak niat untuk melupakan awak. Saya terlalu ikutkan perasaan untuk mengejar kekasih lama saya di Eropah. Tapi bila satu hari saya dapat mengekori dia,dia kerja di kelab malam sebagai pelacur. Hati saya remuk kerana dia. Maafkan saya, awak? Saya janji, lepas ni tiada lagi pengganti lain selain awak." Arriyan menangis. Eiyka memeluk Arriyan.
 
"Will you marry me? Will you be my wife forever?" Arriyan melutut. Eiyka terkejut. Orang awam melihat mereka menunggu jawapan Eiyka.
 
"Yes, I will and I love it." Arriyan tersenyum lalu menyarungkan cincin bertatahkan berlian itu ke jari manis Eiyka. Eiyka memeluk Arriyan sekali lagi. Orang awam menepuk tangan melihat mereka. (Macam dalam filem pula. Hahah)
 

 
 

 Ahaaa.... Dah baca kan? Amacam? Ada unsur sweet, romantik, kelakar tak? Kalau ada tolonglah komen sikit kt ruangan komen tu. Tapi yang positif la, jangan yang negatif pula. Sebenarnya kawan A nak buat novel tp idea tak datang. So, dia buatlah komik tanpa gambar ni. Dia buat macam ni sbb nak suruh korang bayangkan sendiri situasi jalan cerita tu macam mana. Saya yang penulis ni pun boleh bayangkan juga. Hahahahah. Boleh rasa lawak, romantik dan sweet dalam cerita tu.
 
   Okaylah. Rasanya sampai sini sahaja. Oh ya! Bagi pembaca yang ingin membuat novel bolehla ikut skrip ni. Nati bolehla naikkan lagi nama kawan Ad. Haa... dah bagi idea ni jangan lupa lah kan. So, anneyong semuanya. Biane kalau Ad ada terkasar bahasa sepanjang penulisan ni. Kamsahamnida kerana sudi membaca. Bai !!!